Skim Terkini
Projek Pilihan
Berita Terkini
Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DUN Kerdau, Temerloh
Tiga keluarga di DUN Kerdau menerima kunci RRP Fasa 5 yang siap lebih awal, melibatkan projek 42 unit rumah dibiayai Kerajaan Negeri untuk golongan miskin
Majlis Kunjung Hormat Affin Bank Berhad Ke Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP)
LPHP menerima kunjung hormat Affin Bank bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembiayaan dan pemilikan rumah di Negeri Pahang
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang Bil. 02/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang Bil. 02/2025 telah diadakan bagi menyelaras perkembangan projek perumahan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Pahang
TOWNN HALL Warga Kerja LPHP Buka Ruang Komunikasi
LPHP telah mengadakan Sesi Town Hall bersama YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff bagi memperkukuh budaya kerja, menyelaras hala tuju organisasi dan menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja LPHP
Maklumat yang anda berikan akan membantu kami mempertimbangkan lokasi baharu untuk projek perumahan akan datang.
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Layari laman sesawang Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Tekan butang Datfar dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.
- Log masuk ke dalam Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Sila sahkan pengesahan nombor telefon.
- Tekan butang buat permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan dengan tepat.
Harga rumah bagi skim PAKR: RM 15,000 - RM 60,000.
Harga rumah bagi skim PKSR: RM 30,000 - RM 90,000.
Harga rumah bagi skim MAKMUR: RM 30,000 - RM 100,000.
Harga rumah bagi skim PR1MA PAHANG: RM 100,000 - RM 200,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PAHANG: RM 90,000 - RM 150,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PENJAWAT AWAM PAHANG (RPAP): RM 100,000 - RM 300,000.
Harga rumah bagi skim PAHANGKU: RM 50,000 - RM 250,000.
Anda boleh mengisi maklumat di Kalkulator Skim untuk mengetahui skim mana yang bersesuaian dengan anda.
Jika anda pernah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) sebelum ini melalui sistem lama, anda boleh menghubungi dengan maklumat di bawah :-
- telefon : 095512777 / 095512888
- emel : home[a]phpahang.gov.my
- alamat : Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Mohon untuk dimaklumkan butiran maklumat peribadi untuk tujuan semakan dan pengemaskini maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru:
- No. Telefon (Mobile):
Untuk pengguna yang berdaftar dengan sistem baharu, anda boleh tekan pautan ini untuk tetapkan semula kata laluan anda.
Pengguna boleh klik pada pautan berikut:
Pelanggan boleh mengaktikan kembali akaun yang telah disekat (kegagalan percubaan Daftar Masuk melebihi 3 kali) dengan menghubungi LPHP melalui:
- Telefon : 09 551 2777 / 2888
- Email : home@lphpahang.gov.my
Mohon untuk menyatakan bersama maklumat berikut bagi tujuan semakan dan pengesahan:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru :
- No. Telefon (mobile):
Kini pelanggan boleh membuat pembayaran sewaan PAKR melalui Pihak Berkuasa Tempata (PBT) mengikut seperti berikut:
- Majlis Perbcandaran Temerloh
- Majlis Perbandaran Bentong
- Majlis Perbandaran Pekan
- Majlis Daerah Lipis
- Majlis Daerah Maran
- Majlis Daerah Raub
- Majlis Daerah Jerantut
- Majlis Daerah Rompin